HEALING CRISIS


Rangkaian Produk NajLaa Baby Skincare dirumus daripada Herba-Herba Perubatan yang mengandungi bahan-bahan aktif tertentu bersifat anti-oksida, anti-septic, anti-inflamasi, agen kesembuhan dan sebagainya.
Penggunaan produk Najlaa yang mengandungi bahan-bahan AKTIF tersebut terutamanya Herbal Cream dan Serum yang dirumus khas untuk masalah kulit, kadangkala menimbulkan reaksi yang dipanggil "HEALING CRISIS"

Apakah Healing Krisis?
🌷🌷🌷
"Herxheimer Reaction" ialah istilah perubatan yang digunakan untuk merujuk kepada Healing Krisis.
Di mana kulit mengalami gejala-gejala tertentu, menjadi lebih teruk, sebelum ianya sembuh.
Ramai menyangka gejala ini muncul disebabkan kesan sampingan ubatan, cream atau suplement yang diambil. Sangkaan ini tidak benar. Healing Krisis adalah tindak balas badan dalam membuang toksin dan menyembuhkan penyakit.

Healing Crisis ada 3 Peringkat:
🌷🌷🌷
1) Pembuangan toksin
2) Pecahan dan penyingkiran sel-sel yang terjejas
3) Pembinaan semula tisu badan yang terjejas.

Gejala krisis penyembuhan boleh termasuk:
🌷🌷🌷
1) Kulit menjadi semakin teruk "FLARE UP"
2) Lethargy dan kelesuan
3) Kulit menjadi gatal (atau kegatalan meningkat)
4) Sakit kepala
5) Demam atau simptom seperti selesema
6) Cirit-birit atau sembelit
7) Letusan kulit (jerawat timbul atau meleleh)
8) Sakit sendi / otot
9) Kelenjar bengkak
8) Rasa murung dan marah
9) Sakit -sakit badan
10) Berpeluh-peluh

Tempoh Healing Crisis:
🌷🌷🌷
-Biasanya berlaku dalam tempoh 7-30 hari.
-Pengguna steroid, akan mengalami gejala healing crisis
LEBIH LAMA disebabkan simptom "Steroid Withdrawal Symptoms"

Apakah Healing Krisis Normal ?
🌷🌷🌷
Kebanyakan orang menjadi stress, risau, kecewa dan putus harapan apabila terjadinya gejala "Healing Crisis". Mereka merasakan cara mereka mengubati penyakit telah salah.
Walau bagaimanapun, itulah kebenaran. Badan sedang bertindak membuang toksin dari dalam badan. Proses ini melibatkan krisis penyembuhan. Pesakit perlu bersabar.
Mereka yang mengalami healing krisis, itu petanda yang baik. Badan anda akhirnya cukup kuat dan sihat untuk mula menghapuskan toksin berbahaya yang telah berada dalam badan.

Bagaimana Menghentikan Healing Krisis Dengan Lebih Pantas ?
🌷🌷🌷
Elakkan menambah TOKSIN tambahan pada tubuh anda - Gunakan produk yang semulajadi, yang sesuai dengan kondisi kulit dan tidak mengandungi kimia (sama ada kimia make up, produk penjagaan kulit, detergen pakaian, sabun, dll.)
Jika anda tidak berhenti menambah toksin pada kulit, healing krisis akan berterusan. Hal ini akan memburukkan keadaan kulit anda.
Anda ada 2 pilihan, Hentikan Penambahan Toksin atau Hentikan Cara Pengubatan.

Semoga Bermanfaat
#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL
#healingcrisis

PENYAKIT G6PD

Penyakit G6PD

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah. Ianya adalah penyakit genetik yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sampel dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD. 

Bagaimana G6PD Berlaku Kepada Bayi

Maksud kekurangan enzim G6PD 

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Selain hemolisis, pesakit G6PD juga mudah mengalami penyakit anemia. 


Tanda-tanda G6PD
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir yang mengalami G6PD akan ditempatkan di wad untuk  pemerhatian kerana bayi G6PD berisiko mendapat jaundis yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang mengalami jaundis perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. 

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis)
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Apakah patut dilakukan bila anak kekurangan G6PD? 

Elakkan anak-anak bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:-

  • Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh
  • Minyak gosok
  • Kacang parang. 
Kacang Parang adalah makanan utama yang perlu dielakkan oleh Pesakit G6PD

Pastikan juga ibu-ibu mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital. Ibu-ibu yang menyusu bayi G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti  jadual di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Sumber: MyHealth Portal

Nota Penting: Sekiranya anak demam atau sakit, pastikan ibu-ibu memberitahu kepada Doktor bahawa anak adalah penghidap G6PD bagi memastikan Doktor tidak memberikan ubat-ubat yang dilarang kepada pesakit G6PD.   

Credit To: raikankasih.blogspot.com



#najlaababyskincare
#najlaababyskincarekl


PANDUAN PENGAMBILAN UBAT-UBATAN SEMASA PENYUSUAN


Ubat-ubatan merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencegah, merawat dan mengawal penyakit atau masalah kesihatan. Penggunaan ubat-ubatan merentasi sempadan usia dan keadaan fizikal seseorang pesakit. Individu dewasa, remaja, kanak-kanak malahan bayi tidak terkecuali daripada menggunakan ubat-ubatan. Begitu juga dengan golongan ibu yang menyusukan bayi.
Ada ketika, ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil ubat tertentu bagi merawat masalah kesihatan mereka. Dalam masa yang sama, penggunaan ubat tersebut perlu dipastikan tidak membawa kemudaratan kepada bayi yang disusukan.
Secara amnya, kebanyakan ubat-ubatan selamat untuk digunakan oleh ibu yang menyusukan bayi. Walaupun begitu, pemantauan perlu dilakukan terhadap bayi yang menyusu sekiranya si ibu mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan. Hal demikian bagi memastikan kesan sampingan atau kesan tidak diingini dapat dielak daripada berlaku.
Ubat yang diambil akan diserap masuk ke dalam sistem peredaran darah. Kemudian ia akan melekat kepada protein (albumin) atau bebas terlarut dalam plasma darah. Kadar resapan ubat ke dalam susu ibu bergantung sama ada ubat yang diambil oleh ibu tersebut memiliki kadar pelekatan terhadap protein plasma yang tinggi atau rendah.
Ubat-ubatan yang melekat kepada protein plasma dalam peratusan yang tinggi adalah kurang atau susah untuk memasuki ke dalam susu ibu. Sesuatu ubat akan dianggap melekat kepada protein dalam peratusan yang tinggi, sekiranya peratusan ubat yang melekat kepada protein plasma melebihi 90%.
Penyusuan perlu DIHENTIKAN buat sementara waktu bagi ibu yang mengambil ubat untuk rawatan kanser atau kemoterapi (Antimetabolites) dan bahan radioaktif dalam ubat radiofarmaseutikal. Penyusuan boleh disambung semula selepas satu tempoh masa yang selamat apabila ubat tersebut tidak lagi diambil.
Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan jika diambil aktiviti penyusuan boleh DITERUSKAN namun sedikit pemantauan perlu dilakukan. Contohnya kesan sampingan ubat mungkin berlaku kepada bayi apabila si ibu mengambil sesetengah jenis ubat psikiatrik atau ubat anti-epilepsi. Kesan sampingan ini mungkin akan menyebabkan bayi tersebut letih atau mengantuk.
Selain daripada itu penyusuan juga boleh diteruskan oleh ibu jika mengambil ubat seperti Chloramphenicol, Tetracyclines, Metronidazole atau antibiotik daripada kumpulan Quinolone seperti Ciprofloxacin. Walau bagaimanapun digalakkan menggunakan ubat alternatif jika ada.
Bagi ibu yang menyusukan bayi dan perlu menggunakan ubat seperti Sulfonamides, Dapsone, Sulfamethoxazole+Trimethoprim atau Sulfadoxine+Pyrimethamine (Fansidar) pula, pemantauan terhadap bayi perlu dilakukan kerana kemungkinan ubat tersebut boleh menyebabkan demam kuning atau jaundice kepada bayi.
Seterusnya ada juga ubat yang diambil boleh merencat atau mengurangkan penghasilan susu ibu seperti hormon Estrogens (termasuk pil perancang yang mengandungi estrogen), ubat diuretik Thiazide, dan Ergometrine. Justeru penggunaan ubat alternatif adalah digalakkan dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi.
Terdapat ubat yang selamat digunakan semasa penyusuan bayi jika digunakan pada dos normal contohnya ubat tahan sakit dan ubat demam seperti Paracetamol, asid Acetylsalicylic, dan Ibuprofen. Walau bagaimanapun penggunaan ubat ini dinasihatkan hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja.
Penyusuan bayi juga boleh diteruskan bagi penggunaan pada dos normal ubat antibiotik seperti Ampicillin, Amoxicillin, Cloxacillin dan Penicillins jenis lain, Erythromycin, ubat untuk rawatan batuk kering, ubat kusta, ubat anti malaria (kecuali Mefloquine, Fansidar), ubat cacing dan ubat untuk rawatan jangkitan kulat.
Begitu juga untuk penggunaan ubat asma, Corticosteroids, ubat antihistamin, ubat anti-asid, ubat diabetes, kebanyakan ubat darah tinggi, Digoxin, nutrien dan makanan tambahan seperti iodin, zat besi dan vitamin boleh digunakan pada dos normal oleh ibu yang menyusukan bayi.
Maklumat yang dinyatakan dalam artikel ini tidak muktamad dan tidak terhad terhadap apa yang dipaparkan sahaja. Ianya hanya sebagai rujukan ringkas kepada golongan ibu yang menyusukan bayi dan dalam masa yang sama mengambil ubat tertentu. Para pembaca digalakkan supaya merujuk kepada ahli farmasi atau doktor jika terdapat kemusykilan berkaitan ubat-ubatan yang diambil semasa menyusukan bayi.
Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkenaan ubat-ubatan, anda boleh bertanya kepada mana-mana ahli farmasi atau menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.
Disediakan oleh 
Khairul Naim Bin Zainal Abidin
Klinik Kesihatan Lembah Klau, Raub Pahang



#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL
#pengambilanubatubatansemasapenyusuan

019-6647764

6 LANGKAH PENCEGAHAN HFMD

HFMD adalah endemik di Malaysia dan berlaku sepanjang tahun, serta mempunyai tren ’cyclical’ dengan kemuncak setiap tiga (3) tahun. Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis virus dan kebanyakannya adalah ringan ke sederhana sahaja.  Walau bagaimanapun jangkitan dengan enterovirus 71 (EV71) boleh menjadi teruk dan seterusnya boleh membawa kematian.  Oleh itu pihak KKM sentiasa membuat pemantauan bukan sahaja terhadap kejadian kes tetapi juga jenis virus yang berada di dalam komuniti.

Pada Minggu Epid (ME) 23/2016 (5 Jun 2016 – 11 Jun 2016) bilangan kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara ialah 1,379 kes iaitu peningkatan 83 kes (6.4%) berbanding minggu sebelumnya (1,296 kes). Trend peningkatan kes HFMD telah mula dikesan sejak ME 17/2016 (24 – 30 April 2016) iaitu 794 kes setelah melepasi paras amaran atau ’Alert Level’ (paras yang ditetapkan berdasarkan jumlah kes HFMD pada tahun lepas di Malaysia) iaitu 644 kes seminggu. Sehubungan dengan itu, pihak KKM telahpun mengeluarkan surat Amaran Peningkatan Kes HFMD di Malaysia pada 9 Mei 2016 kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) supaya mempertingkatkan pemantauan dari masa ke semasa bagi mencegah dan mengawal penularannya.
Negeri Selangor menyumbangkan jumlah kes tertinggi sehingga kini berbanding negeri lain iaitu 4,441 kes (32.6%), diikuti oleh Johor 1,393 kes (10.2%), WPKL 1,317 kes (9.7%), Sabah 1,299 kes (9.5%), Sarawak 1,108 kes (8.1%), Perak 892 kes (6.5%), Melaka 727 kes (5.3%), Pulau Pinang 713 kes (5.2%), Negeri Sembilan 522 kes (3.8%), Pahang 345 kes (2.5%) dan Kedah 265 kes (1.9%) sementara negeri-negeri lain kurang dari 200 kes. Tiga daerah di Selangor yang tinggi bilangan kes adalah Daerah Petaling (1,626), Hulu Langat (1172) dan Klang (618).
Wabak HFMD ditakrifkan sebagai apabila terdapat dua (2) atau lebih kes HFMD di mana gejalanya timbul dalam tempoh dua (2) minggu di dalam lokaliti yang sama. Sehingga ME 23/2016, Negeri Selangor mencatatkan bilangan kejadian wabak tertinggi dengan 135 wabak (26.7%) berbanding negeri lain, diikuti Sarawak 116 wabak (22.9%), WPKL 58 wabak (11.5%), Johor 49 wabak (9.7%), Melaka 39 wabak (7.7%), Perak 26 wabak (5.1%) dan Negeri Sembilan 20 wabak (4%) sementara negeri-negeri lain kurang dari 20 kejadian wabak.
Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh (7) ke sepuluh (10) hari. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis namun, ianya jarang berlaku.
Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kurang dari sepuluh (10) tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska/tadika. Justeru, KKM ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
  1. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/ sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  2. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  3. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh / merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut.
  4. Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.
  5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
  6. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.
Pihak pengusaha TASKA, TADIKA dan lain-lain pusat jagaan kanak-kanak disarankan supaya mengambil langkah-langkah yang sama seperti di atas.  Di samping itu, saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) dilakukan bagi memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.
Oleh itu, langkah-langkah pencegahan seperti di atas adalah amat penting bagi mengelakkan peningkatan kes pada tahun 2016. KKM sentiasa memantau kejadian penyakit HFMD di seluruh negara dan mengambil tindakan kawalan dan pencegahan. Untuk makluman, penyakit HFMD merupakan penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pengamal Perubatan dan orang ramai boleh melaporkan kejadian kes HFMD di premis taska / tadika / sekolah ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.
Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
(Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia)

#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL
#HerbalCream
#SakuraSoap
#AgentNajlaaKL

➢➢➢0196647764

INFO LENGKAP TENTANG EKZIMA

               

1) Apakah Ekzima dan Gejala-gejalanya?

Ekzema (dikenali sebagai dermatitis atopik) memberi kesan kepada kira-kira 10% hingga 20% kanak-kanak, Kebanyakannya mempunyai gejala yang tidak teruk, tetapi ada juga yang kronik dan tidak sembuh-sembuh sehinggalah usia meningkat  @ dewasa.

"Ekzima didiagnose dengan gejala seperti ruam bersisik merah yang mungkin berkerak, kulit kering gatal-gatal." kata Miriam Weinstein, Pakar Dermatologi Pediatrik di Hospital Toronto .

Bayi selalu mengalami ekzima pada dahi, pipi, kulit kepala, pelipat dan juga siku. "Ruam boleh terjadi di mana-mana sahaja bahagian kulit." Kata Weinstein.

2) Siapa yang berisiko mendapat ekzima?

Jika anda atau ada ahli keluarga yang ekzima, asma atau resdung,  alergi, anak anda berisiko mendapat ekzima. Tetapi anak-anak yang tidak mempunyai sejarah alergi dalam keluarga pun boleh mendapat ekzima. Ia biasanya muncul sebelum umur dua tahun.

"Berita baiknya 60 hingga 70 peratus kanak-kanak akan sembuh daripada ekzima apabila meningkat remaja" kata Janice Heard, Pakar Kanak-kanak.

3) Apa yang menyebabkan ekzima?

Kulit biasanya bertindak sebagai halangan. Ia memegang air di dalam dan pada masa yang sama melindungi apa yang di bawahnya dari dunia luar. Disebabkan oleh kecacatan dalam genetik, penghidap ekzima mempunyai halangan kulit yang rosak.

Kulit hilang kelembapan, dan bendasing mudah menembusi kulit lalu masuk ke dalam badan dan "menghidupkan" sel-sel imun kulit. Inilah yang mencetuskan keradangan dan membawa kepada gatal-gatal dan ruam. (Virus dan bakteria tertentu juga mudah menjangkiti, menjadikan bayi dan kanak-kanak ekzima lebih terdedah kepada jangkitan kulit.)

4) Apa yang boleh anda lakukan?

"Kita tidak boleh menyembuhkan ekzima, Ia adalah penyakit genetik,  Tetapi, ia adalah satu penyakit yang boleh dikawal," Weinstein.

Pakar mengesyorkan setiap hari 15 minit rendam dalam air suam untuk menambah kelembapan kulit . Elakkan air panas, sabun kimia dan mandi buih yang boleh menyebabkan gatal, kemerahan dan ekzima 'flare-up'. Untuk semua jenis cucian, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, mainan kanak-kanak, guna sabun yang tidak tajam(tiada bahan kimia).

Selepas anak anda mandi, perlahan-lahan tepuk-tepuk tuala pada badannya untuk menyerap air, semasa kulitnya masih sangat lembap, sapu krim pelembap. Sepanjang hari pastikan dia menyapu krim pelembap 2-3kali.

Pilihan krim bergantung kepada kesesuaian kulit anak anda. Pesakit ekzima mempunyai alahan yang berbeza. Cuba dahulu mana-mana krim yang dicadangkan, Jika tidak merengsakan kulit dan menjadi radang maka krim itu sesuai untuk anak anda. Mulakan rawatan ekzima seawal yang mungkin.

5) Mencegah 'flare-up'?

Anda harus mengetahui apakah punca yang boleh menyebabkan ekzima 'flare up'. Antara penyebabnya mungkin termasuk pewangi(fragrance) dan pewarna dalam produk seperti syampu, sabun, bahan pencuci pakaian dan juga kain kasar seperti bulu domba.

Ada juga yang bertindak balas kepada bulu haiwan. Menggaru juga boleh menyebabkan 'flare up', Jadi pastikan kuku bayi pendek dan licin.

Bagi sesetengah kanak-kanak, cuaca yang panas serta udara yang hangat boleh mencetus ekzima. Hal ini sering tidak dapat dielakkan.

Sesetengah pesakit alah pada makanan tertentu seperti makanan laut, kekacang, susu, makanan bergula dan sebagainya. Malangnya, banyak ekzima 'flare up' tanpa sebab yang diketahui

6) Bagaimana Merawat ruam ekzema?

Tidak kira berapa rajin anda  menggunakan krim untuk mengelakkan iritasi, ruam ekzima anak anda masih muncul.

Caranya adalah dengan cepat menyapu krim untuk menenangkan sel-sel imun yang terlalu aktif sebaik sahaja anda melihat kemerahan, ruam ruam atau kulit kasar.

Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan krim steroid, mereka bimbang tentang akibat steroid seperti penipisan kulit, dan pelbagai lagi kesan buruk steroid.

Penggunaan steroid dalam jangka masa lama memang memudaratkan. Namun jika hanya untuk digunakan dalam masa terhad, ketika ruam ekzima 'flare up' dan menjadi kronik adalah tidak mengapa. Selepas ekzima menjadi stabil, anda bolehlah menggunakan krim semulajadi.


7) Bagaimana dengan Alahan Makanan ?

"Alahan makanan telah di anggap sebagai penyebab ekzima. Namun kajian baru-baru ini, ramai pakar percaya ia berlaku sebaliknya. Ekzima boleh membawa kepada alahan makanan," Kata Edmond Chan, Ketua Alahan dan Imunologi di Hospital BC Kanak-kanak di Vancouver.

Sebagai contoh: Jika zarah protein kacang tanah masuk ke kulit kering, pecah sebelum seorang kanak-kanak mula makan makanan yang mengandungi kacang, ini boleh memprogramkan sistem imunnya untuk alahan kepada kacang.

8) Bagaimana menggunakan produk Najlaa untuk ekzima ?

Produk Najlaa Herbal Cream, Balm, Sakura soap dan Serum dirumus menggunakan herba- herba perubatan seperti daun senna, kunyit, bonglai dan sebagainya yang memberi manfaat baik kepada ekzema.

Selain itu produk ini menggunakan bahan-bahan asas seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun, yang dipercayai membantu mengurangkan gejala ekzima.

Herbal Cream dan Serum turut dirumus menggunakan mineral Zinc Oxide, yang sangat terkenal untuk menghilangkan ruam-ruam kulit. Ianya juga mengandungi gliserin sayuran, yang berkesan dalam menambah kelembapan kulit.

9) Cara guna produk Najlaa untuk ekzema?

👉Eczema Kering
===============

▶Jika kulit gatal- gatal. Sapu Balm dahulu kemudian Herbal Cream. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari.

▶ Selepas 30 minit kemudian, sapu Serum di bahagian ekzima tersebut.

Tujuannya untuk melembapkan kulit yg kering tersebut.

▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzima kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan

--------------------------------------

👉Eczema Basah
(Ruam-ruam berair)
================

▶ Sapu Herbal Cream sekurang kurangnya 2x sehari. Sapu sehingga ruam betul-betul kering & sembuh.

▶ Setelah sembuh & kering sepenuhnya, sapu bahagian tersebut dengan Serum untuk penjagaan kulit supaya kekal lembap, lembut & tidak merekah semula.

▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan.

#BabyBalm
#HerbalCream
#Serum
#SakuraSoap
#SetEkzima
#SetEczema

✆0196647764
#agennajlaakl
Fb: https://www.facebook.com/azapazila
Fb Page: https://www.facebook.com/NajlaaBabySkincareKL
Ig: @najlaa_baby_skincare_kl

THE JOURNEY...NAJLAA BABY SKINCARE


"Sudah 2 tahun lebih usia Najlaa Baby Skincare. Tak terasa masa berlalu... Melihat bagaimana produk ini mencipta kisahnya sendiri... Tak terhingga kesyukuran pada ilahi.

Najlaa Baby Skincare... Bukanlah produk yg sengaja diada-adakan atau dirancang kewujudannya di meja bulat lalu dipasarkan... Apatah lagi untuk mengaut keuntungan.

Kisahnya bermula...dengan lahirnya seorang puteri, Aqilah Najlaa 6 tahun yang lalu. Bayi ini terkena sawan tangis, ibunya mengusung si kecil ini ke merata pelusuk utk mencari penawar. Alhamdulillah, akhirnya sembuh dan terhasilnya Herbal Oil sekarang.


Seusia 3 bulan, Aqilah Najlaa ditumbuhi ruam ekzema. Asalnya Najlaa menggunakan cream steroid. Kemudian disedari ibunya, sebenarnya produk tersebut bahaya untuk bayi. Demi utk merawat puterinya secara semulajadi... Si Ibu sanggup belajar bagaimana untuk menghasilkan barangan kosmetik daripada Tokoh Kosmetik dunia masa kini Prof Dr. Luigi Rigano. 

Beliau mula menghasilkan barangan penjagaan bayi daripada bahan2 semulajadi untuk Najlaa dan adik-adiknya.... Shampoo, cream dll.

Seterusnya...Baby Balm, produk Najlaa yg mempunyai reputasi hebat. Dihasilkan atas penderitaan Uwais yang hospitalize akibat selsema. Melihat si anak yg disedut hingus menggunakan wayar, tanpa sedar Si ibu menangis teresak-esak membayangkan kesakitan yg ditangung bayi Uwais.

Ketika Uwais tidur di malam hari, Ibu bekerja keras mengkaji herba-herba yang dapat merawat batuk selsema,  lalu terhasillah balm ini.
Alhamdulillah Uwais semakin sihat dan sembuh, itulah kali terakhir masuk hospital, moga terus sihat.

Kebaikan produk produk ini mula dikongsikan dgn rakan-rakan dan kemudiannya berkembang ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia, Arab Saudi dan beberapa negara Eropah. Melihat bagaimana tabahnya Najlaa Baby Skincare mengatur tapaknya, buat hati ini ingin terus melangkah.

Ini takdir tuhan, yg telah melorongkan usaha Si Ibu untuk membawa manfaat kepada manusia-manusia lain. Moga lebih ramai kanak-kanak dan bayi dapat dibantu utk Sembuh dan Sihat. 

Duhai agen stokis Najlaa... Selalu founder ingatkan, kita disini untuk menghulurkan bantuan pada orang-orang yang memerlukan. Semoga niat baik ini diterima Allah s.w.t dan mendapat 2 keuntungan... Dunia dan Akhirat.

#WeLoveNajlaa
#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL


#agennajlaakl
call/whatsapp: 019-6647764

MANFAAT OAT DALAM SAKURA SOAP

Sakura soap Najlaa merupakan sabun herba berkelembapan tinggi yang turut mengandungi Oatmeal. Jom fahami, mengapa Oats telah dipilih sebagai salah satu bahan penting sabun ini: 

1. Digunakan Untuk Mandian
Oatmeal akan membersihkan kulit sekaligus melembab serta melembutkan kulit.

2. Mengatasi Gatal pada Kulit
Menurut American Academy of Dermatology, kulit gatal dan kulit kering berpunca daripada PH tinggi.

Oatmeal boleh membantu menormalkan PH kulit sekaligus meredakan gatal-gatal atau rasa tidak selesa pada kulit.

3. Pembersih Wajah
Oatmeal mengandungi Saponin,  Agen pembersih kulit yang bagus.

4. Exfoliator Kulit Semulajadi
Jika kita berlebihan menggunakan scrubs, kulit wajah akan  menjadi tegang dan merah. Tetapi dengan menggunakan oats, ianya lebih selesa dan tak menyakitkan.

Kulit menjadi lebih cerah kerana sel-sel kulit mati mengelupas tanpa membuat kulit wajah radang. 

5. Mengatasi Jerawat
Oatmeal dalam Sakura Soap boleh menyerap minyak pada kulit, menentang bakteria pada wajah, serta membantu pengelupasan kulit mati. 

Ciri-ciri ini sesuai untuk merawat jerawat

6. Menyerap Lebihan Minyak & Kotoran pada Rambut
Selain mampu menyerap dan menghilangkan lebihan minyak dan kotoran pada kulit, oatmeal juga membantu menyerap lebihan minyak dan kotoran pada rambut.

Masukkan Sakura Soap yang telah dipotong dan air secukupnya ke dalam botol. Goncang sehingga sebati. Gunakan untuk mencuci wajah dan rambut.

7. Membantu merawat kulit Ekzema
Oatmeal meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan rasa gatal-gatal dan mengembalikan "skin barrier" pada kulit. Ciri-ciri ini sangat bagus untuk kulit ekzema.

Selamat mengguna Sakura Soap Najlaa. Sabun herba alami yang mengandungi Oat untuk cucian yang selesa nyaman dan selamat.

#SakuraSoap Najlaa
#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL
#agennajlaakl

Whatsapp: 019-6647764

SAKURA SOAP NAJLAA


Mengapa SAKURA SOAP sangat AWESOME?

Sabun Sakura mungkin nampak biasa-biasa... Namun di sebalik rupanya yg humble... Sabun ini dirumus menggunakan Herba-herba Perubatan Anti Kuman.
.

Pernah dengar... Daun Senna, Herba yg bukan sahaja dicatit sebagai ubat tradisi namun kini sudah dilabel farmaseutikal. Daun Senna mengandungi bahan aktif yg anti kuman.
.

Selain itu... sabun ini mengandungi Extract Oat utk merawat jerawat dan mencantikkan kulit wajah. Warna hijau Sabun ini merupakan warna asli Klorofil. Tiada kimia bahaya.

Bertukarlah kepada Sakura Soap hari ini. Rugi jika tak mencuba sabun herba sakura sekarang. Ianya bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit bayi dan anda.



#SakuraSoap
#agennajlaakl

MANFAAT BUAH PALA DALAM BABY BALM


Baby Balm Najlaa merupakan produk bayi paling Trending masa kini. Manfaat kesihatannya diakui segenap masyarakat. Salah satu bahan yang terkandung dalam Baby Balm ini ialah Ektraks Buah Pala.

 Manfaat kesihatan Minyak Buah Pala termasuk:

1) Keupayaan untuk merawat tekanan (stress)
2) Mengurangkan sakit senggugut,
3) Menangani masalah jantung,
4) Membantu masalah pencernaan,
5) Mengurangkan tekanan darah tinggi,
6) Meredakan batuk
7) Menghilangkan nafas yang berbau.

Manfaat kesihatan Minyak Buah Pala dikaitkan dengan ciri-ciri perubatan yang terkandung didalamnya seperti peranan sebagai sedatif, anti-radang, antiseptik, dan antibakteria serta memberi kesan relaxing.

Produk yg Hebat, Dicipta daripada Bahan-bahan yang mempunyai khasiat perubatan yg Hebat !🌷🌷


#BabyBalmNajlaa
#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL
#agennajlaakl
Call/Whatsapp: 019-6647764

MANFAAT DAUN SENNA DALAM SAKURA SOAP

Daun Herba Senna memberi banyak manfaat kepada kulit. Apabila terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan bahan kimia, kulit menjadi rosak dan mendatangkan gejala-gejala penyakit lain.

Kami di Najlaa Baby Skincare telah menghasilkan Sakura Soap, Serum dan Herbal Cream menggunakan Daun Senna.



Berikut manfaat Senna kepada kulit: 

1. Anti-Radang:

Minyak pati, resin dan tanin dalam Senna boleh mengurangkan keradangan kulit. 

Menyembuhkan kurap, luka, ruam, gatal-gatal, ekzema dan kesan terbakar.

2. Merawat Jangkitan Kulit:

Kandungan anti-bakteria Senna boleh membantu dalam merawat penyakit kulit seperti jerawat dan ekzema.

Kandungan Aseton dan Etanol di dalam Senna boleh melawan mikroorganisma yang menyebabkan jerawat, kurap, jangkitan kulat.

3. Sangat baik untuk Mengatasi Sembelit:

Kandungan senosida pada Daun Senna mampu mempercepat proses pencernaan dan meningkatkan peristaltik usus.

#SakuraSoap
#SerumNajlaa
#HerbalCreamNajlaa    
#NajlaaBabySkincareKL
 #AgenNajlaaKL

Call/whatsapp: 0196647764
                 

8 KHASIAT MINYAK ARGAN DALAM ESSENTIAL OIL NAJLAA UNTUK RAMBUT





Minyak Argan sangat bermanfaat untuk pertumbuhan serta penjagaan rambut yang sihat. Cecair EMAS ini memberikan nafas baru kepada rambut kering, kusut, beruban, cabang, rapuh dan sebagainya. 

Minyak Mahsyur ini mempunyai beberapa khasiat seperti berikut :-

1-Minyak Argan menghidrat rambut dengan cara semulajadi dan mengurangkan kekasaran rambut.

2-Minyak Argan mampu menembusi ke liang rambut serta meningkatkan pertumbuhan dan keanjalan rambut.

3-Minyak Argan mampu merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal serta tidak terurus.

4-Anti-oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih sel-sel yang rosak.

5-Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen terbaik untuk rawatan rambut secara semulajadi dan memelihara rambut daripada agen perosak. 


6-Para penyelidik percaya bahawa Minyak Argan berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut.
 
7-Pakar-pakar rambut mempercayai Minyak Argan merupakan pilihan yang tepat untuk menyembuhkan serta memulihkan rambut yang rosak, kering dan lemah akibat daripada persekitaran alam sekitar, amalan penggayaan yang berlebihan dan sebagainya.
 
8-Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.

Gunalah Essential Oil Najlaa hari ini, untuk rambut hitam lebat bersinar yg cantik dan sihat

#MinyakArgan
#EssentialOilNajlaa
#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL

12 KHASIAT BONGLAI DALAM PRODUK NAJLAA

Bonglai merupakan herba yang terkandung dalam 4 produk bayi Najlaa iaitu Serum, Baby Balm, Herbal Cream dan Herbal Oil. Bonglai tumbuh dengan subur di Asia Tropika, iaitu dari China, India, Thailand dan Malaysia sehingga ke Indonesia. Nama saintifik Bonglai ialah “Zingiber cassumunar” dalam famili “Zingiberaceae”. Ia juga dikenali dengan nama “bangle” (Jawa), mengkulai, “banggale” (Bali), “padhiyang” (Madura) dan “plai” (Thailand). 

Mengapa Najlaa memilih bonglai sebagai herba perubatan dalam produknya?
 Kajian makmal menunjukkan Bonglai mengandungi bahan seperti analgesik, antineuralgik, antikeradangan, antiseptik, antipasmodik, antireumatik, antitoksik, antivirus, karminatif pencernaan, diuretik, fabrifuj, laksatif, rubefasien rangsangan, stomakik, tonik dan vermifuj.

Berikut adalah khasiat Bonglai untuk kesihatan:

1) Bersifat anti-inflamasi - Mengurangkan merah-merah akibat keradangan.
2) Bersifat analgesik - Dapat mengurangkan rasa sakit.
3) Bersifat karminatif - untuk mencegah perut kembung.
4) Melancarkan sistem pencernaan - Membantu mengatasi masalah sembelit.
5) Membantu melansingkan tubuh - Bagus untuk orang gemuk yang ingin menurunkan berat badan.
6) Membantu mengurangkan migrain dan sakit kepala.
7) Bersifat anti reumatik - Bagus untuk sakit sendi dan sakit urat.
8) Menghilang dan mengurangkan bau badan yang busuk akibat peluh ataupun hormon tak stabil.
9) Kandungan antioksidanya mencegah penuaan. Ia turut membantu mengekalkan kelembapan kulit serta merawat jerawat.
10) Bersifat anti-piretik - Herba ampuh dalam merawat demam. Ia membantu menurunkan suhu badan.
11) Bonglai antara tumbuhan yg ditakuti jin. Dipercayai masyarakat dapat mengusir syaitan, merawat sawan tangis atau gangguan pada bayi.
12) Bagus untuk kanak-kanak bagi merawat kecacingan dan batuk berkahak. 

Begitu banyak sekali manfaat Bonglai yang terdapat dalam produk Bayi Najlaa. Tidak hairanlah produk ini popular di kalangan ibu-ibu dan diterima baik masyarakat.

#Bonglai
#SerumNajlaa
#BabyBalmNajlaa
#HerbalCreamNajlaa
#HerbalOilNajlaa


Powered by Blogger.