INFO LENGKAP TENTANG EKZIMA
1) Apakah Ekzima dan Gejala-gejalanya?
Ekzema (dikenali sebagai dermatitis atopik) memberi kesan kepada kira-kira 10% hingga 20% kanak-kanak, Kebanyakannya mempunyai gejala yang tidak teruk, tetapi ada juga yang kronik dan tidak sembuh-sembuh sehinggalah usia meningkat @ dewasa.
"Ekzima didiagnose dengan gejala seperti ruam bersisik merah yang mungkin berkerak, kulit kering gatal-gatal." kata Miriam Weinstein, Pakar Dermatologi Pediatrik di Hospital Toronto .
Bayi selalu mengalami ekzima pada dahi, pipi, kulit kepala, pelipat dan juga siku. "Ruam boleh terjadi di mana-mana sahaja bahagian kulit." Kata Weinstein.
2) Siapa yang berisiko mendapat ekzima?
Jika anda atau ada ahli keluarga yang ekzima, asma atau resdung, alergi, anak anda berisiko mendapat ekzima. Tetapi anak-anak yang tidak mempunyai sejarah alergi dalam keluarga pun boleh mendapat ekzima. Ia biasanya muncul sebelum umur dua tahun.
"Berita baiknya 60 hingga 70 peratus kanak-kanak akan sembuh daripada ekzima apabila meningkat remaja" kata Janice Heard, Pakar Kanak-kanak.
3) Apa yang menyebabkan ekzima?
Kulit biasanya bertindak sebagai halangan. Ia memegang air di dalam dan pada masa yang sama melindungi apa yang di bawahnya dari dunia luar. Disebabkan oleh kecacatan dalam genetik, penghidap ekzima mempunyai halangan kulit yang rosak.
Kulit hilang kelembapan, dan bendasing mudah menembusi kulit lalu masuk ke dalam badan dan "menghidupkan" sel-sel imun kulit. Inilah yang mencetuskan keradangan dan membawa kepada gatal-gatal dan ruam. (Virus dan bakteria tertentu juga mudah menjangkiti, menjadikan bayi dan kanak-kanak ekzima lebih terdedah kepada jangkitan kulit.)
4) Apa yang boleh anda lakukan?
"Kita tidak boleh menyembuhkan ekzima, Ia adalah penyakit genetik, Tetapi, ia adalah satu penyakit yang boleh dikawal," Weinstein.
Pakar mengesyorkan setiap hari 15 minit rendam dalam air suam untuk menambah kelembapan kulit . Elakkan air panas, sabun kimia dan mandi buih yang boleh menyebabkan gatal, kemerahan dan ekzima 'flare-up'. Untuk semua jenis cucian, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, mainan kanak-kanak, guna sabun yang tidak tajam(tiada bahan kimia).
Selepas anak anda mandi, perlahan-lahan tepuk-tepuk tuala pada badannya untuk menyerap air, semasa kulitnya masih sangat lembap, sapu krim pelembap. Sepanjang hari pastikan dia menyapu krim pelembap 2-3kali.
Pilihan krim bergantung kepada kesesuaian kulit anak anda. Pesakit ekzima mempunyai alahan yang berbeza. Cuba dahulu mana-mana krim yang dicadangkan, Jika tidak merengsakan kulit dan menjadi radang maka krim itu sesuai untuk anak anda. Mulakan rawatan ekzima seawal yang mungkin.
5) Mencegah 'flare-up'?
Anda harus mengetahui apakah punca yang boleh menyebabkan ekzima 'flare up'. Antara penyebabnya mungkin termasuk pewangi(fragrance) dan pewarna dalam produk seperti syampu, sabun, bahan pencuci pakaian dan juga kain kasar seperti bulu domba.
Ada juga yang bertindak balas kepada bulu haiwan. Menggaru juga boleh menyebabkan 'flare up', Jadi pastikan kuku bayi pendek dan licin.
Bagi sesetengah kanak-kanak, cuaca yang panas serta udara yang hangat boleh mencetus ekzima. Hal ini sering tidak dapat dielakkan.
Sesetengah pesakit alah pada makanan tertentu seperti makanan laut, kekacang, susu, makanan bergula dan sebagainya. Malangnya, banyak ekzima 'flare up' tanpa sebab yang diketahui
6) Bagaimana Merawat ruam ekzema?
Tidak kira berapa rajin anda menggunakan krim untuk mengelakkan iritasi, ruam ekzima anak anda masih muncul.
Caranya adalah dengan cepat menyapu krim untuk menenangkan sel-sel imun yang terlalu aktif sebaik sahaja anda melihat kemerahan, ruam ruam atau kulit kasar.
Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan krim steroid, mereka bimbang tentang akibat steroid seperti penipisan kulit, dan pelbagai lagi kesan buruk steroid.
Penggunaan steroid dalam jangka masa lama memang memudaratkan. Namun jika hanya untuk digunakan dalam masa terhad, ketika ruam ekzima 'flare up' dan menjadi kronik adalah tidak mengapa. Selepas ekzima menjadi stabil, anda bolehlah menggunakan krim semulajadi.
7) Bagaimana dengan Alahan Makanan ?
"Alahan makanan telah di anggap sebagai penyebab ekzima. Namun kajian baru-baru ini, ramai pakar percaya ia berlaku sebaliknya. Ekzima boleh membawa kepada alahan makanan," Kata Edmond Chan, Ketua Alahan dan Imunologi di Hospital BC Kanak-kanak di Vancouver.
Sebagai contoh: Jika zarah protein kacang tanah masuk ke kulit kering, pecah sebelum seorang kanak-kanak mula makan makanan yang mengandungi kacang, ini boleh memprogramkan sistem imunnya untuk alahan kepada kacang.
8) Bagaimana menggunakan produk Najlaa untuk ekzima ?
Produk Najlaa Herbal Cream, Balm, Sakura soap dan Serum dirumus menggunakan herba- herba perubatan seperti daun senna, kunyit, bonglai dan sebagainya yang memberi manfaat baik kepada ekzema.
Selain itu produk ini menggunakan bahan-bahan asas seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun, yang dipercayai membantu mengurangkan gejala ekzima.
Herbal Cream dan Serum turut dirumus menggunakan mineral Zinc Oxide, yang sangat terkenal untuk menghilangkan ruam-ruam kulit. Ianya juga mengandungi gliserin sayuran, yang berkesan dalam menambah kelembapan kulit.
9) Cara guna produk Najlaa untuk ekzema?
👉Eczema Kering
===============
▶Jika kulit gatal- gatal. Sapu Balm dahulu kemudian Herbal Cream. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari.
▶ Selepas 30 minit kemudian, sapu Serum di bahagian ekzima tersebut.
Tujuannya untuk melembapkan kulit yg kering tersebut.
▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzima kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan
--------------------------------------
👉Eczema Basah
(Ruam-ruam berair)
================
▶ Sapu Herbal Cream sekurang kurangnya 2x sehari. Sapu sehingga ruam betul-betul kering & sembuh.
▶ Setelah sembuh & kering sepenuhnya, sapu bahagian tersebut dengan Serum untuk penjagaan kulit supaya kekal lembap, lembut & tidak merekah semula.
▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan.
#BabyBalm
#HerbalCream
#Serum
#SakuraSoap
#SetEkzima
#SetEczema
✆0196647764
#agennajlaakl
Fb: https://www.facebook.com/azapazila
Fb Page: https://www.facebook.com/NajlaaBabySkincareKL
Ig: @najlaa_baby_skincare_kl
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Blog Archive
-
▼
2017
(
16
)
-
▼
March
(
12
)
- INFO LENGKAP TENTANG EKZIMA
- THE JOURNEY...NAJLAA BABY SKINCARE
- MANFAAT OAT DALAM SAKURA SOAP
- SAKURA SOAP NAJLAA
- MANFAAT BUAH PALA DALAM BABY BALM
- MANFAAT DAUN SENNA DALAM SAKURA SOAP
- 8 KHASIAT MINYAK ARGAN DALAM ESSENTIAL OIL NAJLAA ...
- 12 KHASIAT BONGLAI DALAM PRODUK NAJLAA
- 8 MANFAAT SHEA BUTTER DALAM HERBAL CREAM NAJLAA
- MANFAAT MINYAK KELAPA DARA DALAM NOURISHING LOTION
- DAFTAR SEBAGAI MINI AGEN/ DROPPSHIP
- MANFAAT LAVENDAR DALAM BABY BALM NAJLAA
-
▼
March
(
12
)
Powered by Blogger.
0 comments :
Post a Comment