KISAH ASAL USUL HERBAL OIL NAJLAA




Saya mendukung Najlaa rapat ke dada. Sambil terhuyung hayang ke kiri dan kanan. Tangisan Najlaa memecah kesunyian malam. Saya tidak ingat, bilakah kali terakhir saya tidur. Mata yang cekung dan tulang pipi yang tinggi. Cukup untuk menceritakan keadaan saya akhir-akhir ini. Baju saya sudah basah dengan air mata berjurai-jurai. Kenapa ya Allah, kasihankan anak ini.

Suatu hari, saya mengendong Najlaa ke sebuah rumah jauh ke pedalaman. Di situ khabarnya terdapat seorang lelaki tua yang boleh merawat sawan tangis. Sebuah rumah usang, di tengah2 hutan sawit. Di sebelahnya alur sungai yang mengalir perlahan. Tiada jiran tetangga. Manusiakah ? Saya memberi salam.

Keluarlah seorang lelaki tua, berjubah putih. Matanya seperti selalu menangis, kelibat orang-orang soleh. Waalaikumsalam... Jawapnya lalu menghulur tangan untuk mendukung Najlaa. Kenapa anak ini? Dia menangis malam.

Lelaki tua itu mengangguk lalu membawa kami ke suatu sudut rumah yang kelihatan seperti di masjid. Karpet masjid. Ada tasbih dan Al Quran serta papan putih yang penuh catitan dalam bahasa Arab serta kitab-kitab Arab tua.Tenangnya. Dia meletak Najlaa dan memerhati anak kecil itu dengan penuh minat. Kemudiannya mengazan telinga kanan Najlaa dan membaca ayat2 Al Quran.

Semasa pulang, saya hulurkan sampul berisi duit sebagai tanda terima kasih. Lelaki tua soleh itu dengan lembut menolak pemberian itu. " Maaf, saya tidak boleh menerima pemberian ini. Saya bimbang hati saya nanti sakit cintakan dunia. Saya ikhlas kerana Allah.", " Takpe ambil saja duit ni, saya sedekah"
"Awak dalam kesusahan. Adakah patut saya mengambil wang dari orang yang sedang susah?"

Sejak hari itu entah beberapa puluh kali saya datang ke rumah usang itu lagi untuk merawat Najlaa, belajar perubatan Islam menggunakan kitab arab tua, mendengar nasihat dan peringatan, belajar herba-herba dan cara membuat minyak angin. Lelaki tua itu secara konsisten menolak duit yang saya berikan. Masyaallah.

Dari rumah usang itulah idea Herbal Oil dilahirkan. Dibuat untuk Najlaa asalnya dan kini kebaikannya telah dikongsikan dengan masyarakat umum. Syukur ya Allah mempertemukan saya dengan lelaki tua soleh ini. Akhlaknya turut saya wariskan dalam Najlaa Baby Skincare. Produk ini adalah untuk membantu orang ramai. Soal duit itu belakang kira. 

Terima Kasih Allah.
Credit To: #foundernajlaa

0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.