SEJARAH SERUM

Setiap orang ada kisahnya. Setiap wajah mempunyai jalan cerita. Begitu juga dengan Serum Najlaa. Produk Najlaa yang semulajadi dan mempunyai multifungsi, losyen, foundation, anti penuaan, anti parut dan sebagainya.
Ketika NajLaa ditubuhkan pada Nov 2014, tiada lagi Serum dalam koleksi produk Najlaa.


Sehinggalah beberapa orang pesakit Ekzema yang menggunakan Herbal Cream Najlaa untuk merawat ruam-ruam ekzema mengutarakan pandangan supaya saya hasilkan produk untuk digunakan selepas ruam-ruam ekzema sembuh, untuk melembapkan kulit dan menghilangkan parut. Ini kerana kulit ekzema, kering dan gatal.

Suatu hari, seorang ibu mengadu, anak gadisnya yang ekzema mengalami perasaan rendah diri dan malu berhadapan orang ramai. Penyakit Ekzema telah menyebabkan dia dilihat seperti seorang yang berdaki, berkurap dan berparut. Beliau diejek-ejek di sekolah sebagai 'Budak kurap'.
Kasihankan anaknya, seminggu saya menghabiskan masa mengkaji untuk menghasilkan Serum. Beberapa orang pesakit ekzema telah volunteer untuk menguji keberkesanan produk ini.
Serum pertama dihasilkan adalah dalam bentuk cecair telus pandang. Dalam beberapa tempoh waktu kemudiannya formula ni telah ditambah baik dengan tambahan penapis sinar matahari. Maka terhasillah Serum Najlaa hari ini.
Begitulah sejarah di sebalik terhasilnya #SERUMNAJLAA



#Serum
#NajlaaBabySkincareKL

www.wasap.my/60196647764

0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.