TAMBAHAN CENGKIH DI DALAM HERBAL OIL 2018


Pada 2018...
Kami telah mengkaji beberapa jenis herba yang membawa manfaat kesihatan pada orang ramai dan akan membuat penambahbaikan kepada produk Najlaa pada 2018.


Antara salah satu herba yang ditambah dalam penghasilan #HerbalOil Najlaa yang sudah sediakala dirumus menggunakan herba-herba perubatan ialah CENGKIH atau CLOVE BUDS

Mengapa Cengkih ?? 
Berikut manfaatnya...
Cengkih mengandungi eugenol, iaitu 90 peratus daripada kandungan minyak cengkih. Kompaun ini memberikan faedah antiseptik dan anti-radang yang kuat di samping bertanggungjawab melindungi cengkih dari rosak.

Ianya sangat berkesan terhadap:
-sakit gigi, 
-sakit gusi, 
-bisul mulut, 
-kaviti dan nafas berbau.


Eugenol juga menyebabkan minyak cengkih mempunyai sifat merangsang dan memanaskan, yang menjadikannya pilihan yang popular di kalangan pengamal aromaterapi dan urutan badan. Sebahagian daripada manfaatnya adalah keupayaannya untuk :
-membantu merangsang metabolisme, 
-meningkatkan peredaran darah  
-menurunkan suhu tubuh anda. 
-membantu menangani masalah seperti sedu, senak, sakit perut dan gas yang berlebihan. 
-melegakan tekanan dan mengurangkan keletihan mental. 
-Ada yang menggunakannya untuk menangani masalah kemurungan. 
-Minyak itu juga boleh berfungsi sebagai afrodisiak dan rawatan untuk insomnia.



KISAH ASAL USUL HERBAL OIL NAJLAA




Saya mendukung Najlaa rapat ke dada. Sambil terhuyung hayang ke kiri dan kanan. Tangisan Najlaa memecah kesunyian malam. Saya tidak ingat, bilakah kali terakhir saya tidur. Mata yang cekung dan tulang pipi yang tinggi. Cukup untuk menceritakan keadaan saya akhir-akhir ini. Baju saya sudah basah dengan air mata berjurai-jurai. Kenapa ya Allah, kasihankan anak ini.

Suatu hari, saya mengendong Najlaa ke sebuah rumah jauh ke pedalaman. Di situ khabarnya terdapat seorang lelaki tua yang boleh merawat sawan tangis. Sebuah rumah usang, di tengah2 hutan sawit. Di sebelahnya alur sungai yang mengalir perlahan. Tiada jiran tetangga. Manusiakah ? Saya memberi salam.

Keluarlah seorang lelaki tua, berjubah putih. Matanya seperti selalu menangis, kelibat orang-orang soleh. Waalaikumsalam... Jawapnya lalu menghulur tangan untuk mendukung Najlaa. Kenapa anak ini? Dia menangis malam.

Lelaki tua itu mengangguk lalu membawa kami ke suatu sudut rumah yang kelihatan seperti di masjid. Karpet masjid. Ada tasbih dan Al Quran serta papan putih yang penuh catitan dalam bahasa Arab serta kitab-kitab Arab tua.Tenangnya. Dia meletak Najlaa dan memerhati anak kecil itu dengan penuh minat. Kemudiannya mengazan telinga kanan Najlaa dan membaca ayat2 Al Quran.

Semasa pulang, saya hulurkan sampul berisi duit sebagai tanda terima kasih. Lelaki tua soleh itu dengan lembut menolak pemberian itu. " Maaf, saya tidak boleh menerima pemberian ini. Saya bimbang hati saya nanti sakit cintakan dunia. Saya ikhlas kerana Allah.", " Takpe ambil saja duit ni, saya sedekah"
"Awak dalam kesusahan. Adakah patut saya mengambil wang dari orang yang sedang susah?"

Sejak hari itu entah beberapa puluh kali saya datang ke rumah usang itu lagi untuk merawat Najlaa, belajar perubatan Islam menggunakan kitab arab tua, mendengar nasihat dan peringatan, belajar herba-herba dan cara membuat minyak angin. Lelaki tua itu secara konsisten menolak duit yang saya berikan. Masyaallah.

Dari rumah usang itulah idea Herbal Oil dilahirkan. Dibuat untuk Najlaa asalnya dan kini kebaikannya telah dikongsikan dengan masyarakat umum. Syukur ya Allah mempertemukan saya dengan lelaki tua soleh ini. Akhlaknya turut saya wariskan dalam Najlaa Baby Skincare. Produk ini adalah untuk membantu orang ramai. Soal duit itu belakang kira. 

Terima Kasih Allah.
Credit To: #foundernajlaa

PERBEZAAN DI ANTARA BABY BALM DAN HERBAL OIL

Tentang #BALM

- Mengandungi ekstrak herba yang lebih tinggi berbanding Herbal Oil.
- Ada sesetengah herba-herba penting rationya balm 2: ho 1
- Bentuknya yang lebih pepejal menyebabkan minyak-minyak herba tidak mudah meruap. Bertahan lama di atas kulit.
-Oleh itu dalam membantu merawat penyakit yang serius utamakan guna Balm.

Tentang #HERBALOIL

- Herbal Oil mengandungi ekstrak herba yan lebih ringan kerana, ia dirumus untuk kegunaan harian. Lebih kepada minyak telon, sapuan selepas mandi.
-Namun begitu, ia dirumus khas untuk mengatasi kembung, angin, serta melegakan sengal-sengal badan dan tahan sakit.

Kesimpulannya

Balm Najlaa Biasanya digunakan untuk membantu melegakan penyakit. Herbal Oil pula untuk kegunaan harian seperti minyak angin atau minyak telon, Boleh digunakan bila-bila masa.

www.wasap.my/60196647764

#duo
#setduo
#najlaababyskincare
#najlaababyskincarekl

Produk Najlaa Baby Skincare UNIK dan Lambang Produk SEMULAJADI yang EKSLUSIF


Kami adalah pakar dalam  menghasilkan produk penjagaan kulit bayi yang luar biasa baik dan sihat. Sentiasa semulajadi, murah, berkesan dan selamat adalah matlamat kami dalam membantu orang ramai.

Produk NajLaa adalah simbol kesihatan mewah dan kecantikan. Kami menggunakan herba-herba organik terpilih sebagai bahan asas dan produk Najlaa adalah 100% bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya.

Semua produk kami dirumus menggunakan bahan-bahan premium, kualiti mewah seperti VCO, Olive Oil, Lilin Lebah Asli serta diadun bersama ekstrak herba-herba segar serta diperkayakan dengan Vitamin A dan E.

Menjadikan produk Najlaa, kaya dengan pelbagai nutrien untuk kulit,  melindungi, menyembuhkan dan membelai kulit anda dengan penuh prihatin dan kasih sayang.

Selain itu, produk ini dicipta sendiri oleh perumus kosmetik muslim yang juga pakar dalam bidang dietetik dan pemakanan. Jadi, beliau lebih mengetahui jenis-jenis vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kulit anda. Tambahan pula, perumus Produk Najlaa certified dalam kosmetik, beliau merupakan anak didik kepada pakar kosmetik dunia masa kini Prof. Dr Luigi Rigano.

Apakah harapan yang kami boleh janjikan, jika anda menggunakan produk ini?

Anda tidak perlu bimbang kulit menjadi rosak atau mereput dengan menggunakan produk ini. Anda akan rasai sentuhan alam semulajadi, dilindungi, tenang dan selamat.

Anda akan mendapat kehidupan dan kesihatan yang lebih baik, herba-herba perubatan di dalam produk NajLaa membantu untuk menyembuh dan melegakan selesema, hidung berair, penyakit kulit seperti ruam, terbakar-melecur, jangkitan kulit, ekzema dan lain-lain

Produk ini kaya dengan antioksidan, yang aktif melawan proses penuaan, supaya anda kelihatan lebih cantik dan muda daripada umur . Dapatkannya sekarang !!

#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL

Klik 👉 www.wasap.my/60196647764 untuk maklumat lanjut tentang produk serta pembelian

HEALING CRISIS


Rangkaian Produk NajLaa Baby Skincare dirumus daripada Herba-Herba Perubatan yang mengandungi bahan-bahan aktif tertentu bersifat anti-oksida, anti-septic, anti-inflamasi, agen kesembuhan dan sebagainya.
Penggunaan produk Najlaa yang mengandungi bahan-bahan AKTIF tersebut terutamanya Herbal Cream dan Serum yang dirumus khas untuk masalah kulit, kadangkala menimbulkan reaksi yang dipanggil "HEALING CRISIS"

Apakah Healing Krisis?
🌷🌷🌷
"Herxheimer Reaction" ialah istilah perubatan yang digunakan untuk merujuk kepada Healing Krisis.
Di mana kulit mengalami gejala-gejala tertentu, menjadi lebih teruk, sebelum ianya sembuh.
Ramai menyangka gejala ini muncul disebabkan kesan sampingan ubatan, cream atau suplement yang diambil. Sangkaan ini tidak benar. Healing Krisis adalah tindak balas badan dalam membuang toksin dan menyembuhkan penyakit.

Healing Crisis ada 3 Peringkat:
🌷🌷🌷
1) Pembuangan toksin
2) Pecahan dan penyingkiran sel-sel yang terjejas
3) Pembinaan semula tisu badan yang terjejas.

Gejala krisis penyembuhan boleh termasuk:
🌷🌷🌷
1) Kulit menjadi semakin teruk "FLARE UP"
2) Lethargy dan kelesuan
3) Kulit menjadi gatal (atau kegatalan meningkat)
4) Sakit kepala
5) Demam atau simptom seperti selesema
6) Cirit-birit atau sembelit
7) Letusan kulit (jerawat timbul atau meleleh)
8) Sakit sendi / otot
9) Kelenjar bengkak
8) Rasa murung dan marah
9) Sakit -sakit badan
10) Berpeluh-peluh

Tempoh Healing Crisis:
🌷🌷🌷
-Biasanya berlaku dalam tempoh 7-30 hari.
-Pengguna steroid, akan mengalami gejala healing crisis
LEBIH LAMA disebabkan simptom "Steroid Withdrawal Symptoms"

Apakah Healing Krisis Normal ?
🌷🌷🌷
Kebanyakan orang menjadi stress, risau, kecewa dan putus harapan apabila terjadinya gejala "Healing Crisis". Mereka merasakan cara mereka mengubati penyakit telah salah.
Walau bagaimanapun, itulah kebenaran. Badan sedang bertindak membuang toksin dari dalam badan. Proses ini melibatkan krisis penyembuhan. Pesakit perlu bersabar.
Mereka yang mengalami healing krisis, itu petanda yang baik. Badan anda akhirnya cukup kuat dan sihat untuk mula menghapuskan toksin berbahaya yang telah berada dalam badan.

Bagaimana Menghentikan Healing Krisis Dengan Lebih Pantas ?
🌷🌷🌷
Elakkan menambah TOKSIN tambahan pada tubuh anda - Gunakan produk yang semulajadi, yang sesuai dengan kondisi kulit dan tidak mengandungi kimia (sama ada kimia make up, produk penjagaan kulit, detergen pakaian, sabun, dll.)
Jika anda tidak berhenti menambah toksin pada kulit, healing krisis akan berterusan. Hal ini akan memburukkan keadaan kulit anda.
Anda ada 2 pilihan, Hentikan Penambahan Toksin atau Hentikan Cara Pengubatan.

Semoga Bermanfaat
#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL
#healingcrisis

PENYAKIT G6PD

Penyakit G6PD

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah. Ianya adalah penyakit genetik yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sampel dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD. 

Bagaimana G6PD Berlaku Kepada Bayi

Maksud kekurangan enzim G6PD 

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Selain hemolisis, pesakit G6PD juga mudah mengalami penyakit anemia. 


Tanda-tanda G6PD
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir yang mengalami G6PD akan ditempatkan di wad untuk  pemerhatian kerana bayi G6PD berisiko mendapat jaundis yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang mengalami jaundis perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. 

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis)
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Apakah patut dilakukan bila anak kekurangan G6PD? 

Elakkan anak-anak bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:-

  • Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh
  • Minyak gosok
  • Kacang parang. 
Kacang Parang adalah makanan utama yang perlu dielakkan oleh Pesakit G6PD

Pastikan juga ibu-ibu mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital. Ibu-ibu yang menyusu bayi G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti  jadual di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Sumber: MyHealth Portal

Nota Penting: Sekiranya anak demam atau sakit, pastikan ibu-ibu memberitahu kepada Doktor bahawa anak adalah penghidap G6PD bagi memastikan Doktor tidak memberikan ubat-ubat yang dilarang kepada pesakit G6PD.   

Credit To: raikankasih.blogspot.com



#najlaababyskincare
#najlaababyskincarekl


PANDUAN PENGAMBILAN UBAT-UBATAN SEMASA PENYUSUAN


Ubat-ubatan merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencegah, merawat dan mengawal penyakit atau masalah kesihatan. Penggunaan ubat-ubatan merentasi sempadan usia dan keadaan fizikal seseorang pesakit. Individu dewasa, remaja, kanak-kanak malahan bayi tidak terkecuali daripada menggunakan ubat-ubatan. Begitu juga dengan golongan ibu yang menyusukan bayi.
Ada ketika, ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil ubat tertentu bagi merawat masalah kesihatan mereka. Dalam masa yang sama, penggunaan ubat tersebut perlu dipastikan tidak membawa kemudaratan kepada bayi yang disusukan.
Secara amnya, kebanyakan ubat-ubatan selamat untuk digunakan oleh ibu yang menyusukan bayi. Walaupun begitu, pemantauan perlu dilakukan terhadap bayi yang menyusu sekiranya si ibu mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan. Hal demikian bagi memastikan kesan sampingan atau kesan tidak diingini dapat dielak daripada berlaku.
Ubat yang diambil akan diserap masuk ke dalam sistem peredaran darah. Kemudian ia akan melekat kepada protein (albumin) atau bebas terlarut dalam plasma darah. Kadar resapan ubat ke dalam susu ibu bergantung sama ada ubat yang diambil oleh ibu tersebut memiliki kadar pelekatan terhadap protein plasma yang tinggi atau rendah.
Ubat-ubatan yang melekat kepada protein plasma dalam peratusan yang tinggi adalah kurang atau susah untuk memasuki ke dalam susu ibu. Sesuatu ubat akan dianggap melekat kepada protein dalam peratusan yang tinggi, sekiranya peratusan ubat yang melekat kepada protein plasma melebihi 90%.
Penyusuan perlu DIHENTIKAN buat sementara waktu bagi ibu yang mengambil ubat untuk rawatan kanser atau kemoterapi (Antimetabolites) dan bahan radioaktif dalam ubat radiofarmaseutikal. Penyusuan boleh disambung semula selepas satu tempoh masa yang selamat apabila ubat tersebut tidak lagi diambil.
Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan jika diambil aktiviti penyusuan boleh DITERUSKAN namun sedikit pemantauan perlu dilakukan. Contohnya kesan sampingan ubat mungkin berlaku kepada bayi apabila si ibu mengambil sesetengah jenis ubat psikiatrik atau ubat anti-epilepsi. Kesan sampingan ini mungkin akan menyebabkan bayi tersebut letih atau mengantuk.
Selain daripada itu penyusuan juga boleh diteruskan oleh ibu jika mengambil ubat seperti Chloramphenicol, Tetracyclines, Metronidazole atau antibiotik daripada kumpulan Quinolone seperti Ciprofloxacin. Walau bagaimanapun digalakkan menggunakan ubat alternatif jika ada.
Bagi ibu yang menyusukan bayi dan perlu menggunakan ubat seperti Sulfonamides, Dapsone, Sulfamethoxazole+Trimethoprim atau Sulfadoxine+Pyrimethamine (Fansidar) pula, pemantauan terhadap bayi perlu dilakukan kerana kemungkinan ubat tersebut boleh menyebabkan demam kuning atau jaundice kepada bayi.
Seterusnya ada juga ubat yang diambil boleh merencat atau mengurangkan penghasilan susu ibu seperti hormon Estrogens (termasuk pil perancang yang mengandungi estrogen), ubat diuretik Thiazide, dan Ergometrine. Justeru penggunaan ubat alternatif adalah digalakkan dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi.
Terdapat ubat yang selamat digunakan semasa penyusuan bayi jika digunakan pada dos normal contohnya ubat tahan sakit dan ubat demam seperti Paracetamol, asid Acetylsalicylic, dan Ibuprofen. Walau bagaimanapun penggunaan ubat ini dinasihatkan hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja.
Penyusuan bayi juga boleh diteruskan bagi penggunaan pada dos normal ubat antibiotik seperti Ampicillin, Amoxicillin, Cloxacillin dan Penicillins jenis lain, Erythromycin, ubat untuk rawatan batuk kering, ubat kusta, ubat anti malaria (kecuali Mefloquine, Fansidar), ubat cacing dan ubat untuk rawatan jangkitan kulat.
Begitu juga untuk penggunaan ubat asma, Corticosteroids, ubat antihistamin, ubat anti-asid, ubat diabetes, kebanyakan ubat darah tinggi, Digoxin, nutrien dan makanan tambahan seperti iodin, zat besi dan vitamin boleh digunakan pada dos normal oleh ibu yang menyusukan bayi.
Maklumat yang dinyatakan dalam artikel ini tidak muktamad dan tidak terhad terhadap apa yang dipaparkan sahaja. Ianya hanya sebagai rujukan ringkas kepada golongan ibu yang menyusukan bayi dan dalam masa yang sama mengambil ubat tertentu. Para pembaca digalakkan supaya merujuk kepada ahli farmasi atau doktor jika terdapat kemusykilan berkaitan ubat-ubatan yang diambil semasa menyusukan bayi.
Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkenaan ubat-ubatan, anda boleh bertanya kepada mana-mana ahli farmasi atau menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.
Disediakan oleh 
Khairul Naim Bin Zainal Abidin
Klinik Kesihatan Lembah Klau, Raub Pahang



#NajlaaBabySkincare
#NajlaaBabySkincareKL
#pengambilanubatubatansemasapenyusuan

019-6647764
Powered by Blogger.